Info Portal
INFO RINGKAS
MAKLUMAN
- Portal Soal Jawab Agama ADDIN WAL HAYAH ini merupakan platform yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah (BPPS) dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh warga ANGKASA berkaitan dengan hukum syarak.
- Soalan hendaklah jelas dengan menggunakan tatabahasa yang betul dan mudah difahami. Penggunaan simbol, kod dan perkataan singkatan (short form) yang tidak dapat difahami adalah tidak dibenarkan.
- Pihak Seksyen Pematuhan Syariah berhak untuk tidak menerima dan menjawab soalan yang tidak memenuhi kriteria, seperti soalan yang tidak bersesuaian, tidak berkaitan dengan soal jawab agama, berbentuk provokasi, hinaan kepada mana-mana institusi atau orang persendirian atau apa-apa soalan yang boleh ditafsirkan sepertimana disebut di atas.
- Jawapan akan disampaikan dalam bentuk yang ringkas, jelas, dan mudah difahami tanpa melibatkan perbincangan yang terlalu mendalam atau teknikal seperti perbezaan mazhab, kaedah Usul Fiqh, atau Qawaid Fiqhiyyah yang bersifat akademik. Pendekatan ini bertujuan memastikan maklumat yang disampaikan dapat difahami oleh semua peringkat pengguna.
Terima kasih kerana mengunjungi Portal Soal Jawab Agama Addin wal Hayah. Pertanyaan tuan/puan akan diproses untuk semakan dan penyediaan jawapan. Sesetengah soalan mungkin memerlukan kajian dan penelitian sebelum penyediaan jawapan. Setelah jawapan tersedia, jawapan akan dimuat naik ke dalam portal dan dapat diakses serta dibaca oleh pengguna-pengguna portal.
